Firman Allah SWT:
Maksudnya: "Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang yang (sungguh-sungguh) beriman. " (Ali-Imran:139)
Ayat diatas merupakan kisah dari rentetan peristiwa perang uhud. Ayat tersebut adalah pembakar semangat bagi umat islam yang lemah jiwanya. Allah SWT memberi ransangan supaya umat islam tidak mudah putus asa dan mudah kecewa dengan kegagalan, sedangkan masih banyak ruang dan peluang untuk melakukan usaha yang terbaik mencapai kegemilangan dalam hidup ini. Nabi dan para sahabat telah terlebih dahulu merasai susah payah membina kegemilangan ummah. Umat islam sewajarnya bangga dengan keimanan dan ketakwaan mereka, kerana sesungguhnya Allah SWT akan mengangkat kemuliaan mereka sekiranya mereka beriman dengan sebenarnya. Ayat ini membakar semangat agar tidak mudah tunduk kepada cabaran, kerana cabaran dan halangan adalah ujian keatas keimanan dan kesabaran mereka. Sekalipun Nabi dan para sahabat tewas dalam peperangan uhud namun mereka tidak putus asa bahkan semakin tinggi nilai keimanan mereka.Kegagalan kali pertama bukan ertinya gagal seterusnya, bahkan kegagalan itu mampu melonjak kearah kejayaan yang lebih cemerlang.
sebagai pembakar semangat untuk aku dan kawan-kawan.
No comments:
Post a Comment