Wednesday, March 24, 2010

GANJARAN KEIMANAN

Firman ALLAH SWT:
"Apa gunanya ALLAH menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya) Dan ingatlah ALLAH sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang yang beryukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka)". (An Nisa : 147)

Ayat ini mempunyai sentuhan yang dapat menarik perasaan pembacanya selepas ALLAH SWT membentangkan ayat2 yang berkaitan tentang hukuman yang berat terhadap pendusta kebenaran dan menyedarkan hati2 manusia. Hakikatnya ALLAH SWT tidak berhajat untuk menyeksa apatah lagi membalas dendam terhadap mereka lantaran ALLAH SWT penuh dengan sifat kasih sayang dan belas kasihan terhadap hambaNya
Ayat ini dapat mendidik jiwa manusia yang keras, sombong serta angkuh dalam kehidupannya. Tidakkah ALLAH jua yang menyediakan segala bentuk kemudahan hidup ini, dan kita hanya menggunakannya sahaja tanpa bersusah payah sedikit pun. Maka sewajarnya sebagai hamba, kita menyatakan rasa syukur bukan sahaja dengan ungkapan tutur bicara kita, tetapi juga dibuktikan dengan perlaksanaan segala perintah, suruhan dan tidak pula lalai dengan kemewahan hidup yang sementara ini

No comments:

Post a Comment