KAHERAH: Penduduk Muslim China khususnya di wilayah Xinjiang, 'terselamat' dalam skandal pencemaran makanan membabitkan bahan kimia melamin, kerana mengamalkan pemakanan halal.
"Makanan halal sememangnya sesuatu yang kami amalkan sejak turun temurun. Ia jauh lebih selamat kerana tidak membabitkan sebarang campuran bahan asing dan prosesnya juga jauh lebih bersih dan tidak mudah dicemari," kata Hui Li Luang, Pengurus Pasar Raya Makanan Halal Urumqi Arman.
China yang juga negara paling ramai penduduk di dunia, terjejas teruk akibat skandal pencemaran susu dan produk berkaitan yang paling memalukan dalam sejarah moden negara itu.
Sekurang-kurangnya empat bayi maut akibat masalah kegagalan buah pinggang manakala 53,000 kanak-kanak jatuh sakit selepas minum susu dicemari melamin yang juga bahan kimia industri. Bahan itu dicampurkan atas alasan menjadikan susu itu lebih kaya dengan hasil protein.
Pencemaran itu menyebabkan Beijing terpaksa menarik jualan produk berasaskan susu yang dijual di dalam dan luar negara.
Bagaimanapun, wilayah Xinjiang yang majoriti penduduknya beragama Islam, terselamat kerana selain amalan mengikut Islam yang mewajibkan makanan halal, standard atau piawaian makanan itu juga tinggi.
"Industri tenusu dikawal ketat institusi kerajaan serta agama," kata Wei Sheng Wang, Pengarah Suruhanjaya Perdagangan kerajaan Xinjiang.
"Di sini, semua makanan perlu disahkan satu Majlis Islam tempatan yang dianggotai imam untuk memastikan makanan itu benar-benar menepati piawaian ditetapkan."
Anggota majlis itu dan pemeriksa makanan kerajaan, sering melawat kilang untuk memastikan makanan itu selamat dan bersih.
"Buat masa ini kami tidak berdepan dengan sebarang kes pencemaran makanan," kata Wei.
Di wilayah itu juga, sebahagian besar hasil tenusunya dikeluarkan di kawasan sama.
"Wilayah lain tidak dapat mengawal bekalan hasil tenusu kerana menerimanya daripada orang tengah," kata Pengurus Besar syarikat tenusu terbesar Xinjiang, Dan Feng Zhang.
Piawaian makanan halal itu terbukti meningkatkan keyakinan terhadap produk makanan Xinjiang yang turut digelar sebagai 'New Zealand China.' – Agensi
Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Dunia/20081108232636/Article/indexworld_html
Cuba korang baca cerita diatas. Antara bukti kebesaran ALLAH kan.apa yang dilarang, kita tinggalkan.tak rugi sikit pun.apa yang di suruh, kita lakukan.InsyaALLAH banyak kelebihan. mesti sesuatu yang bersebab bila dilarang. sama-samalah kita fikirkan...."Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"..(Ar-Rahman:ayt 13)
No comments:
Post a Comment