Monday, May 31, 2010

Dunia jadi saksi kekejaman zionis Yahudi di perairan antarabangsa




PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini (31 Mei) dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.
HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.

“Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya,” tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia.
“Kami ingin menegaskan bahawa seluruh penduduk dunia yang diwakili oleh para sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dari lebih 50 buah negara yang berada di atas kapal tersebut itu, mengutuk sikap Apartheid yang ditunjukkan Israel itu sebagai satu tindakan yang amat kejam. Israel telah sedar bahawa modus operandinya selama ini untuk decimate ataupun meluluhkan bilangan rakyat sah warga Palestin daripada tanah tumpah darah mereka sendiri sebagai suatu tindakan bangsa yang bangkrap adab, akhlak, idea dan tamadun. Israel sudah tahu bahawa sudah ada gerakan antarabangsa yang kini sedang menjadi arus penentangan ke atas polisi luarnya yang amat menindas dan amat tidak berperikemanusiaan. Dakwaan mereka sebagai negara “underdog” yang dikepungi negara-negara Islam sudahpun lapuk dan kini Israel mahu mempamerkan yang ia mampu berlagak samseng di mata dunia untuk melangsungkan agenda kejinya itu. Ketahuilah, bahawa warga dunia tidak akan berpeluk tubuh terhadap sikap Apartheid Israel itu. Dunia TIDAK akan memaafkan Israel,” ujarnya lagi.
Pada bulan April yang lepas, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman menegaskan di dalam suatu sidang akhbar bahawa penglibatan HALUAN di dalam misi LL4G ini adalah untuk “expose to the public the crimes which is being inflicted by the Zionist Israel regime and its allies upon the citizens of Gaza and the Palestinian Nation as a whole”. Kini, buktinya telahpun jelas lagi nyata.
Rejim Israel mengisytiharkan bahawa permusuhan mereka bukan hanya kepada orang Islam tetapi semua bangsa dan agama yang menentang agenda zionisnya. Sebab itulah tanpa rasa malu mereka telah memusnahkan masjid, gereja, hospital, sekolah, universiti, kompleks pentadbiran, stesen janakuasa elektrik, tadahan air minuman dan semua yang diperlukan untuk kelangsungan hidup.
Rejim ganas ini PERLU disekat oleh kita semua, rakyat Malaysia.
HALUAN dengan ini menegaskan bahawa kami melalui gabungan semua NGO dan badan-badan lain yang menentang sikap degil dan kejam Zionis Israel akan “Bersatu Untuk Palestin”. Kami menyeru semua lapisan rakyat Malaysia agar menulis surat atau emel kepada Duta Besar Amerika, Britain dan Mesir di Malaysia untuk menyatakan solidariti kita menentang sikap mereka yang menyokong bangsa dan negara Israel yang terang-terangan amat keji itu.
Akhirnya kami memohon dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G dan menghancurkan Israel laknatullah.

Wednesday, May 26, 2010

D'Cromok-Huzaifah Ibnu Yaman

Sape2 yang de maklumat tentang Huzaifah Ibnu Yaman bagitau la...boleh kongsi sama2

Monday, May 24, 2010

KEAJAIBAN AL-QURAN (hari dan bulan)

aku nk ceritakan sikit kt korang semua tentang keajaiban2 yg terdapat dalam Al-Quran melaui ilmu aku yg cetek ni.Semoga dapat kita kongsi sama2...
Kata yawm (hari) dalam bentuk tunggal disebut sebanyak 365 kali dan ia menyamai banyaknya hari yang terdapat dalam setahun.Sedangkan kata hari yang menunjuk kepada bentuk plural (ayyam) atau dua (yawmayni), jumlah keseluruhannya hanya 30 iaitu bersamaan dengan jumlah hari dalam sebulan.Bagi perkataan lain pula iaitu  bulan (syahr), perkataan ini hanya terdapat 12 kali sahaja iaitu bersamaan dengan jumlah bulan yang terdapat dalam setahun.Korang tengok betapa tersusunnya penelitian tentang hari dan bulan didalam Al-Quran..
Umat Islam semua hendaklah menyedari bahawa Al-Quran adalah panduan utama untuk dijadikan rujukan dalam kehidupan kita.Al-Quran sentiasa terpelihara keselamatannya daripada sebarang perubahan hingga hari kiamat.Al-Quran datang dari Allah S.W.T., dan Allah lah yang menjaga dan memeliharanya daripada sebarang bentuk penyelewengan..

Tuesday, May 18, 2010

LAMA X UPDATE BLOG

Sejak2 dh pandai facebook ni,aku rasa mcm jari dah berat nk menaip..aduhhh..sape la yg mule2 knalkan aku ngan facebook ni..org tu kena bertanggungjawab...cepat sape2 yang nk mengaku. ada imbuhan

Tuesday, May 4, 2010

JILBAB


Seringkali sekarang kita tengok di dada2 akhbar tentang penentangan terhadap pemakaian jilbab. Tetapi kebanyakannya di luar negara.Alhamdulillah di Malaysia, rakyatnya masih sensitif terhadap isu agama. Pemakaian jilbab dianggap seperti menjurus kearah Islam yg ekstrim dan bersangkut paut dengan keganasan. Kenapa?..sama2 lah kita fikirkan..Dibawah ni aku nak bawakan satu kisah yg terjadi keatas seorang gadis di Rusia. Sama2 kita berdoa semoga Allah bg kekuatan kepadanya untuk terus memakai jilbab.
Suatu hari Elena ingin berjalan-jalan di bandaraya Moscow. Ketika berjalan dia hairan kenapa setiap orang memandangnya seperti ada sesuatu. Dia tidak peduli dengan apa yang terjadi dan terus berjalan. Setiap orang yang berselisih dengannya ada yang menunjukkan sikap seperti ketakutan dan ada juga yang marah sehingga menjauhkan diri daripadanya. Walaupun tidak bertindak kasar, kebanyakannya menunjukkan sifat marah.
Setelah tiba di stesen keretapi bawah tanah, Elena segera ke kaunter untuk membeli tiket. Tetapi sesuatu yang tidak diduga terjadi. Penjual tiket melemparkan kembali wang yang diberikan Elena sambil mengatakan tidak akan menjual tiket kepadanya. Elena pergi ke kaunter seterusnya untuk membeli tiket dan Alhamdulillah dengan berkat kesabaran dan usaha yang dilakukan, dia dapat juga tiket.
Semasa di dalam keretapi setiap penumpang yang ada, melihatnya.Semasa turun, suasana menjadi tegang kerana polis2 yang mengawal stesen memandangnya dengan penuh curiga. Bersama dengan anjing, mereka menunjuk-nunjuk kearah Elena seolah2 seperti hendak menangkapnya.
Ketika menaiki tangga dia dihalang oleh polis untuk menjalankan pemeriksaan. Tetapi dengan alasan2 yang logik diberikannya, dia terlepas.
Benda2 seprti ini tak mustahil akan terjadi lagi. Umat islam sedang diuji. Sama2lah kita berdoa supaya Allah memberikan kekuatan kepada semua umat Islam...Allahhuakbar..

PEMIMPIN DITUNTUT OLEH ISLAM

Kesederhanaan seorang pemimpin

Aku taknak tulis apa2 tentang gambar diatas. Allah SWT anugerahkan kita akal untuk berfikir. Faham kan pe maksud aku...Korang pk la sendiri

ADAB MEMBERI DAN MENJAWAB SALAM

Gambar hiasan


"Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam) maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung akan tiap-tiap sesuatu."

(Surah an-Nisa': 86)

Islam telah membawa ucapan salam yang tersendiri yang membezakan masyarakat Islam daripada masyarakat lain. Ucapan salam ini merupakan antara ciri masyarakat Islam yang sangat unik, menarik dan tersendiri yang tidak akan larut atau hilang dalam ciri2 masyarakat yang lain. Perbuatan berbalas2 salam ini merupakan satu perbuatan yang amat mulia dalam Islam. Ucapan salam yang dilafazkan ketika berjumpa antara sesama Muslim sunat hukumnya, manakala orang yang menerima salam wajib menjawab salam tersebut.
Islam juga menganjurkan umatnya supaya sentiasa memberi salam ketika bertemu tanpa menetapkan hari atau masa yang khusus untuk memberi salam. Ringkasnya, ucapan salam itu boleh diucapkan pada bila2 masa sahaja apabila bertemu antara sesama muslim. Islam juga menyeru umatnya supaya menjawab salam dengan ungkapan yang lebih baik daripada orang yang memberi salam. Ungkapan yang lebih baik selalunya akan mudah mengikat hati yang keras menjalin persaudaraan yang ikhlas dan mesra ketika mewujudkan perkenalan di antara mereka yang belum kenal dan mengukuhkan lagi hubungan antara mereka yang telah sedia terjalin hubungannya...