Monday, March 29, 2010

KENANGAN MENGGAMIT MEMORI (PART 2)

Ok.Aku kembali semula untuk sambungan part 2..kawan aku yang seterusnya...jeng...jeng...jeng...

Bahar (Mat Kelantan)
Bahar ni berasal dari satu daerah di kelantan.Pandai dalam bab2 komputer.kadang2 format komputer tak jadi gak.Mamat ni aku rasa seorang kawan baik 'Levi Strauss',seorang pengasas seluar jeans. Apa yang aku tau bahar ni memang pemakai tegar jeans levis yang harga ratusan ringgit.Aku sangat2 yakin jeans dia mahal sebab seluar tu tak payah basuh pun tetap berbau harum.Pesanan aku kepada pembaca blog aku ni, kalau saudara/saudari yang dalam rangka 'save bajet', baik pakai jeans levis.boleh save elektrik yang digunakan untuk mesin basuh, save duit beli sabun basuh dan banyak masa untuk bersama keluarga.Aku dengar Bahar dah dapat kerja kerajaan,dh pakai henpon berjenama mahal yang pakai perisian window,pakai kereta import yang buka pintu tekan button je dan memakai seluar levis dalam frame dekat butik levis area2 KL.

Solehuddin
Mamat ni asalnya perak yop.seorang pemancing tegar yang membuatkan ikan2 di sungai area2 perak gerun tengok dia datang.Aku dengar dari seorang kaki pancing di perak,Soleh ni kenal ikan dalam air walaupun nampak sekali imbas je.Mamat ni kegemarannya adalah menyanyi.aku dengar2 dulu masa Mus may nak nyanyi solo,dia ditawarkan sebagai penyanyi.tapi dia tolak.sebabnya aku tak pasti.Aku dengan Din syak dia cuba nak jadi low profile.taknak dikenali sangat.Dulu kalau nak karaoke lagu2 nasyid yang terbaru,kat bilik soleh la yang pelanggan setia dia "paus" dan "bahar"..

Faizi
Dalam ramai2 kawan di hostel,mamat ni la yang paling muda sebab dia lahir tahun 1980.yang lain semua tahun 1982 keatas.Faizi ni adalah tukang urut buang2 angin bila tension study statistik.Sekarang ni aku sendiri pun tak tahu dimana dia lebarkan sayap peng'urut'an dia.yang aku tau dia terbang ke indonesia belajar urut batin.Korang jangan salah sangka ha.ni urut batin yang urut dari jauh tu.

Halim
Ok.Seterusnya Halim yang berasal dari Felda Panching,Kuantan.dulu dia adalah tukang spike bola tampar yang digeruni dengan kelebihan ketinggian yang luar biasa.Main bola pun, padang saiz international pun kecik je bagi dia.Bila diamanahkan menjadi striker, akan membuatkan lawan pancit dan kecundang.Halim ni makanan kegemaran dia adalah telur penyu.Aku dengar2 dia dalam rangka membeli kawasan pantai di sepanjang kemaman dan dungun bagi menghasilkan pasaran telur penyu di sebelah negara2 barat

Saturday, March 27, 2010

KENANGAN MENGGAMIT MEMORI (PART 1)

Setiap manusia mesti mempunyai memori dan kenangan yang lama.Entry kali ni aku nak cerita sikit pasal kawan2 aku yang penah aku kenal masa zaman study dulu.
Dulu masa study di........(tempat dirahsiakan kerana permintaan ramai) kami ditempatkan diasrama dimana setiap bilik hanya terdapat 4 orang. Tapi aku dok 3 orang je. Lebih selesa untuk study dan memberikan ruang yang luas kepada din untuk beribadat. Maklumla,dia tiap2 malam tahajud tak pernah tinggal....masa tu bilik aku ditingkat 3.saja je aku pilih tingkat 3 sebab boleh exercise tiap2 hari.
dibawah adalah antara jutaan kawan2 aku.

1.Din Naka
Mamat ni berasal dari Naka,Kedah.Mula2 masuk asrama dah buat huru hara.Mempunyai motorsikal yang laju yang boleh mencecah 220km/j..Seingat aku la motor tu dah banyak memenangi Jempol sprint test.sebab tu dalam bilik aku dulu banyak kalung bunga dan gambar2 din pakai baju lumba dengan helmet full face..dulu komputer din ni la yang menghiburkan kami sebilik.Dengan aksesori speaker altec lansing,subwoofer tahap pecah cermin,kelajuan "ram" yang ditambah oleh mat kelantan yang benama bahar, mampu membuatkan perjalanan sesebuah cerita menjadi lebih dahsyat.kadang2 tu diorang menonton jugak cerita yang tak memerlukan suara,kerana boleh buat kantoi.

2.Mahayudin
Mamat berambut lurus berminyak macam iklan minyak rambut 'code 10' ni berasal dari gambang kuantan.Merupakan tempat rujukan bagi subjek bahasa arab.Maha ni seorang pelajar yang mahir berbahasa arab dan mampu membuat tok arab yang dengar dia cakap arab,menangis.Aku pernah tengok tok arab menangis kat teluk chempedak, bila Maha tanya tok arab tu mana arah tandas.Pukul 3pagi adalah waktu perdana bagi Maha untuk mengigau.Dia punya ngigau lain macam sikit.bangun sambil tangan diangkat kedepan macam vampire.aku dengan din dah lama syak Maha ni ada main contacts2 dengan makhluk asing.selalunya masa untuk dia berkomunikasi dengan makhluk asing adalah dalam waktu tidur

3.Azmil Zakuan (Jeme)
Mamat ni pulak berasal dari chenor temerloh.Tak silap aku, dulu Jeme ni lepak oversea,belajar gitar dengan kirk hammet.Disebabkan terlampau rapat dengan kirk hammet,rupa diorang pun dah seiras2.Sebab tu la motor Yamaha Ego yang digunakan jeme di"air brush"kan dengan logo metallica. Dia ni kalau dapat gitar,bila korang bercakap dengan dia macam cakap dengan kayu.sebab tu din kadang2 bercakap dengan dinding.

Bersambung........

MAAF KU PINTA

Hari ni cuaca cerah dan ceria.mcm biasa aku sibuk dengan tugasan ditempat kerja.maklumlah, seorang pekerja cemerlang yang tiap2 bulan dinobatkan "pekerja paling komitmen" dan bakal memenangi hadiah percutian 3 hari 2 malam berserta duit perbelanjaan rm5000.Memang sibuk gila sampai jalan pun tak pandang depan.naik admin,turun production,siapkan checklist,buat report, buat surat dan macam2 lagi.dari minggu lepas memang sangat2 sibuk.

********************************

trut..trut...trut...(bunyi telefon).
'Assalamualaikum.woi.hang dok mana ni'tanya "botak".seorang kawan lama aku.setahu aku botak sekarang dah berjaya.dah kerja kerajaan.pakai kereta import.henpon pun dah tukar pakai yang harga atas 2 ribu.

'Aku biasa la, kat seremban.awat wei?'balas aku,dalam intonasi yang sopan yang mencerminkan budaya dan adat ketimuran.

'Aku rasa hang ni dah lupa sesuatu kot?'dengan soalan yang berintonasi tegas dan penuh dengan disiplin.maklumla, seorang anak polis

paaaaap!!!!!....aku tepuk dahi

****************************************

"Maha".aku mintak maaf ye.aku betul2 lupa hari ni kenduri kahwin hang.nak pegi jauh.makan 4 jam gak.tu tak kira berhenti sebab din muntah lagi.Dia kadang2 tengah tidur kat sebelah penumpang pun boleh muntah.memanjang mimpi ngeri dengan basah.macam umur dia tu baru akil baligh......

*************************************************

apa2 pun aku ucapkan selamat pengantin baru. Dah jadi bapak orang dah pun.Tahniah Maha..Dont drink and drive tau.....

Wednesday, March 24, 2010

GANJARAN KEIMANAN

Firman ALLAH SWT:
"Apa gunanya ALLAH menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya) Dan ingatlah ALLAH sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang yang beryukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka)". (An Nisa : 147)

Ayat ini mempunyai sentuhan yang dapat menarik perasaan pembacanya selepas ALLAH SWT membentangkan ayat2 yang berkaitan tentang hukuman yang berat terhadap pendusta kebenaran dan menyedarkan hati2 manusia. Hakikatnya ALLAH SWT tidak berhajat untuk menyeksa apatah lagi membalas dendam terhadap mereka lantaran ALLAH SWT penuh dengan sifat kasih sayang dan belas kasihan terhadap hambaNya
Ayat ini dapat mendidik jiwa manusia yang keras, sombong serta angkuh dalam kehidupannya. Tidakkah ALLAH jua yang menyediakan segala bentuk kemudahan hidup ini, dan kita hanya menggunakannya sahaja tanpa bersusah payah sedikit pun. Maka sewajarnya sebagai hamba, kita menyatakan rasa syukur bukan sahaja dengan ungkapan tutur bicara kita, tetapi juga dibuktikan dengan perlaksanaan segala perintah, suruhan dan tidak pula lalai dengan kemewahan hidup yang sementara ini

Tuesday, March 23, 2010

ABIS LA HANG !!!!!!!!!

Din naka...aku dengar2 kat serkam nak buka kilang ayam baru......
Abis la hang din..
Mungkin aku kena tukar kerja kot lepas ni.Bukak tempat pinjaman wang berlesen.upah gengster2 jadi tukang kutip hutang.tak bayar,potong jari atau blacklist...aku cadangkan hang amik no akaun aku.senang hujung bulan nak bank in kat aku...kilang tu aku dengar2 lagi banyak pengeluaran harian..boleh dah ushar2 tanah kosong kat kampung untuk buat tanam sayur atau tomato hidroponik.menyahut seruan kerajaan bagi menggalakkan pertanian.macam tu pun boleh meningkatkan ekonomi negara disamping mengurangkan masalah sosial dikalangan remaja...

***************
jangan lupa telefon aku kalau kilang shutdown......

Sunday, March 21, 2010

MAKIN DEKAT

start bulan depan aku dah mula kena iring ustazah simpang pelangai beli barang hantaran.dah 2 3 bulan dia sound aku...bulan pertama."bila kita nak start beli barang kawen?"...bulan kedua."bila kita nak start beli barang2 kawen?"...bulan ketiga."bila kita nak start beli barang2 kawen kita ni?..cuba korang tengok dan perhatikan ayat-ayat pertanyaan diatas melalui pemahaman bahasa melayu korang yang dapat 'A' masa spm dulu..ayat tu bersifat tegas dan jelas..jadi sebagai seorang lelaki melayu terakhir, bulan ni aku bertekad 'mesti pergi beli'..nanti kalau korang jumpa aku kat nilai 3 jangan buat2 tanya pulak "hang beli apa wei".memang makan tempeleng sebab aku masa iring ustazah simpang pelangai,sifat aku mesti jadi serius dan garang....ingat tu.jangan cuba2 tanya!!!

MUSLIM CHINA TERKECUALI DARIPADA PENCEMARAN BAHAN KIMIA MELAMIN

KAHERAH: Penduduk Muslim China khususnya di wilayah Xinjiang, 'terselamat' dalam skandal pencemaran makanan membabitkan bahan kimia melamin, kerana mengamalkan pemakanan halal.
"Makanan halal sememangnya sesuatu yang kami amalkan sejak turun temurun. Ia jauh lebih selamat kerana tidak membabitkan sebarang campuran bahan asing dan prosesnya juga jauh lebih bersih dan tidak mudah dicemari," kata Hui Li Luang, Pengurus Pasar Raya Makanan Halal Urumqi Arman.
China yang juga negara paling ramai penduduk di dunia, terjejas teruk akibat skandal pencemaran susu dan produk berkaitan yang paling memalukan dalam sejarah moden negara itu.
Sekurang-kurangnya empat bayi maut akibat masalah kegagalan buah pinggang manakala 53,000 kanak-kanak jatuh sakit selepas minum susu dicemari melamin yang juga bahan kimia industri. Bahan itu dicampurkan atas alasan menjadikan susu itu lebih kaya dengan hasil protein.
Pencemaran itu menyebabkan Beijing terpaksa menarik jualan produk berasaskan susu yang dijual di dalam dan luar negara.
Bagaimanapun, wilayah Xinjiang yang majoriti penduduknya beragama Islam, terselamat kerana selain amalan mengikut Islam yang mewajibkan makanan halal, standard atau piawaian makanan itu juga tinggi.
"Industri tenusu dikawal ketat institusi kerajaan serta agama," kata Wei Sheng Wang, Pengarah Suruhanjaya Perdagangan kerajaan Xinjiang.
"Di sini, semua makanan perlu disahkan satu Majlis Islam tempatan yang dianggotai imam untuk memastikan makanan itu benar-benar menepati piawaian ditetapkan."
Anggota majlis itu dan pemeriksa makanan kerajaan, sering melawat kilang untuk memastikan makanan itu selamat dan bersih.
"Buat masa ini kami tidak berdepan dengan sebarang kes pencemaran makanan," kata Wei.
Di wilayah itu juga, sebahagian besar hasil tenusunya dikeluarkan di kawasan sama.
"Wilayah lain tidak dapat mengawal bekalan hasil tenusu kerana menerimanya daripada orang tengah," kata Pengurus Besar syarikat tenusu terbesar Xinjiang, Dan Feng Zhang.
Piawaian makanan halal itu terbukti meningkatkan keyakinan terhadap produk makanan Xinjiang yang turut digelar sebagai 'New Zealand China.' – Agensi


Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Dunia/20081108232636/Article/indexworld_html

Cuba korang baca cerita diatas. Antara bukti kebesaran ALLAH kan.apa yang dilarang, kita tinggalkan.tak rugi sikit pun.apa yang di suruh, kita lakukan.InsyaALLAH banyak kelebihan. mesti sesuatu yang bersebab bila dilarang. sama-samalah kita fikirkan...."Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"..(Ar-Rahman:ayt 13)

Saturday, March 20, 2010

26/12/2009 tarikh keramat bagi aku dan keluarga.hari dimana aku ditunangkan. jadi, sebagai orang melayu yang masih mengikut adat-adat orang lama, aku dengan nada serius dan yakin cuba meyakinkan 'ustazah' yang aku akan follow keluarga aku hanya sampai Temerloh. takkan hadir dirumahnya di felda........ "bukan abg taknak hadir.lagipun tak manis dipandang orang, bakal tunang hadir pada hari majlis pertunangan".
Hari tu aku bertolak ke temerloh dengan 3 biji kereta sebagai pengiring.2 biji kereta keluarga dan kereta aku sendiri yang mana ahli kereta aku terdiri daripada din naka,rengit dan aku. sebenarnya aku dh set dengan jeme nak jumpa kat bandar temerloh..tapi masa sampai di triang bakal pak mentua telefon dan suruh aku datang jugak sebab nk kenal.alamak....sebagai pemuda melayu yang tinggi sifat kemelayuan dan bersopan santun aku terima jugak pelawaan bakal pak mentua.tak lama lepas tu jeme pulak telefon cakap tak jadi jumpa.din dah mula membebel tak tentu hala.rengit pulak walaupun dalam hati panas tapi buat muka cool.."haramjadah betoi jeme ni.dia ingat kita nak pi temerloh 2 dekat ka.aku dah 3 ari hapai lagu.ingat senang ka".din membebel.."sabar la din.elok gak kita terus gi sana.lagipun aku pun nak tengok awek2 temerloh yang diorang cakap cantik2".balas rengit.."tu la hang.tau nak tengok awek saja.aku dah 3 hari tak tidoq tau dok dengaq lagu.beratus kali aku ulang dengaq lagu sil khannaz tu tau.siap hang jeme kalau aku jumpa.memang kaki hang dok kt kepala"....
aku rasa kalau ustazah simpang pelangai baca ni tentu dia suruh aku repeat balik wat majlis pertunangan tu diiringi dengan niat yang ikhlas dan suci dan dia mesti suruh aku baca kuat-kuat niat tu.......................

Wednesday, March 17, 2010

PENGUATKUASA HALAL DI 'KURUNG'

ARKIB : 17/03/2010

REMBAU 16 Mac - Pengusaha sebuah kilang memproses ayam di Pedas dekat sini bertindak di luar dugaan apabila 'mengurung' 12 pegawai dari dua agensi penguatkuasaan yang melakukan serbuan di premis itu hari ini.

Pengusaha tersebut bertindak mengunci pagar premis itu ketika serbuan dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada pukul 5.30 petang.

Turut terperangkap di dalam premis itu ialah tiga wartawan dan dua jurukamera yang membuat liputan serbuan berkenaan.

Difahamkan, tindakan itu dilakukan oleh pihak pengusaha bagi menghalang sebarang berita dan gambar mengenai serbuan Jakim dan KPDNKK di premis itu dilaporkan oleh pihak media.

Mereka 'dikurung' selama kira-kira tiga jam dan hanya dapat keluar dari kilang itu selepas polis tiba dan melakukan rundingan dengan pengusaha berkenaan.

Penolong Pengarah Jakim, Mohd. Amri Abdullah yang ditemui pemberita menjelaskan, operasi itu dibuat berikutan rampasan satu tan metrik ayam di Pulau Pinang kerana diragui cara penyembelihannya.

"Siasatan awal kami mendapati kilang ini membekalkan ayam kepada salah sebuah syarikat yang membekalkannya pula kepada salah sebuah pasar raya terkenal di Pulau Pinang.

"Berikutan maklumat itu, sepasukan anggota KPDNKK dan Jakim bertindak memeriksa kilang ini," katanya.

Mohd. Amri memberitahu, Jakim menggantung sementara sijil halal kilang terbabit sehingga siasatan selesai.




aku pun pening dengan manusia zaman sekarang. tak cukup sesitif dengan isu-isu besar camni. Penguatkuasa menjalankan tugas.sekurang-kurangnya menyelamatkan umat islam di Malaysia ni dari makan yang syubhah. Apa-apa pun kita tunggu la pe tindakan lanjut yang akan dikenakan keatas pengusaha kilang tersebut. bagi pendapat aku eloklah dikenakan tindakan yang setimpal sebab isu ni membabitkan sensitiviti umat islam. sekurang-kurangnya dapat dijadikan iktibar dan teladan kepada pengusaha-pengusaha kilang makanan dan rumah sembelihan yang lain....ingat..tu baru dunia.akhirat kita tak tau lagi.....................

ENTAH KENAPA.....

Tiba-tiba aku rasa macam ada sesuatu meluk dan membelai aku. tidur pun semakin nyenyak.makin sedap tilam aku.makin lembut.makin empuk.
..................
..........................
....................
.......................
.......................
celaka punya setan.lambat lagi aku masuk kerja ari ni

SEMANGAT PEJUANG

Firman Allah SWT:
Maksudnya: "Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang yang (sungguh-sungguh) beriman. " (Ali-Imran:139)

Ayat diatas merupakan kisah dari rentetan peristiwa perang uhud. Ayat tersebut adalah pembakar semangat bagi umat islam yang lemah jiwanya. Allah SWT memberi ransangan supaya umat islam tidak mudah putus asa dan mudah kecewa dengan kegagalan, sedangkan masih banyak ruang dan peluang untuk melakukan usaha yang terbaik mencapai kegemilangan dalam hidup ini. Nabi dan para sahabat telah terlebih dahulu merasai susah payah membina kegemilangan ummah. Umat islam sewajarnya bangga dengan keimanan dan ketakwaan mereka, kerana sesungguhnya Allah SWT akan mengangkat kemuliaan mereka sekiranya mereka beriman dengan sebenarnya. Ayat ini membakar semangat agar tidak mudah tunduk kepada cabaran, kerana cabaran dan halangan adalah ujian keatas keimanan dan kesabaran mereka. Sekalipun Nabi dan para sahabat tewas dalam peperangan uhud namun mereka tidak putus asa bahkan semakin tinggi nilai keimanan mereka.Kegagalan kali pertama bukan ertinya gagal seterusnya, bahkan kegagalan itu mampu melonjak kearah kejayaan yang lebih cemerlang.

sebagai pembakar semangat untuk aku dan kawan-kawan.

ASSALAMUALAIKUM

..Alhamdulillah dapat juga aku siapkan sebuah blog.dan ini baru permulaan.harap kepada bloggers2 yang otai dapat tunjuk ajar. semoga dapat ilmu tu aku manfaatkan demi kepentingan kita semua. salam perkenalan