Thursday, April 1, 2010

GANJARAN SYURGA UNTUK AHLI JIHAD

Firman ALLAH SWT:

Maksudnya: "Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang yang berjihad (berjuang) pada jalan ALLAH (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya, ALLAH melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat.Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) ALLAH menjanjikan dengan balasan yang baik (syurga), dan ALLAH melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar."

(An-Nisa'-95)


Jihad adalah satu strategi dan keperluan yang amat penting dalam amalan berdakwah. Pengorbanan harta benda merupakan keperluan dalam berjihad dan dituntut kepada oarang yang beriman, ganjaran ALLAJ juga sangat hebat iaitu syurga

Pelbagai bentuk dalam kehidupan contohnya berjihad dalam mengembangkan agama ALLAH, jihad dalam menggalakkan ekonomi dan lain-lain. Sudah tentu terdapat perbezaan yang nyata antara orang yang berjihad dengan orang yang hanya duduk serta membuang masa. Orang yang berjihad mengorbankan masa, harta dan tenaga kerana bukan mudah untuk jiwa manusia mengorbankan apa yang disukainya. ALLAH menjanjikan kedudukan yang tinggi terhadap orang yang berjihad. Dinyatakan ganjaran pahala yang besar, keampunan dan Rahmat ALLAH terhadap orang yang berjihad sebagaiman hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat seratus darjah kedudukan yang disediakan kepada orang yang berjihad kerana ALLAH SWT dan jarak diaturny tiap-tiap dua darjah kedudukan itu ialah sejauh diatur langit dan bumi."

(Al-Bukhari)

Jihad dijalan ALLAH SWT memerlukan pengorbanan yang besar. Jiwa yang suka untuk bejihad akan dapat membentuk manusia yang cintakan ALLAH SWT dan tidak takut untuk mati.ALLAH memuliakan dan menjanjikan ganjaran yang besar untuk golongan yang suka berjihad kerana tugas jihad kemuncaknya adalah untuk membawa manusia mengabdikan diri kepada ALLAH SWT dengan penuh keikhlasan

No comments:

Post a Comment