Thursday, April 29, 2010

BAIK PUNYA KELIRU.......

Dalam idup ni kdg2 macam2 yang akan kita tempuh. Perkara pelik pun banyak gak...kadang2 pening kepala
Aku nak tunjuk antara gambar yang membuatkan aku pening..Mula2 aku tengok gambar ni terus rasa nak marah,geram,kancing gigi,bisa2 badan,loya2,genggam penumbuk kuat2..silap2 kalau sikit lagi boleh jadi incredible hulk..hahahhh.
Korang tengok gambar ni.
..................................................
.................................................................
...................................................
...........................................................................
....................................................................

...................................................................
............................................................................................

Apa punya manusia daaa..
Ni la akan jadi bile manusia tak paham betul2 hukum.Mungkin babi yang disembelih tu, penyembelih lafaz basmalah kot. Aku pun tak pasti kat mana tempat ni..Harap2 bukan kat malaysia ni la........pening2

Thursday, April 22, 2010

TOK KENALI

Tok Kenali atau nama sebenarnya, Muhamad Yusof bin Ahmad Al-Kenali dilahirkan pada tahun 1868 di Kubang Kerian, Kota Bahru. Bapanya meninggal dunia ketika Tok Kenali berusia 5 tahun. Beliau mula belajar membaca dan menulis Al-Quran daripada Tok Lih, datuk kandungnya. Pada usia 10 tahun, Tok Kenali berpindah ke Kota Bahru dan mempelajari bahasa Arab daripada seorang guru yang bernama Ismail. Di antara guru-guru Tok Kenali adalah Ahmad bin Mohd Zain bin Mustaffa al-Fatani dan Syeikh Daud Abdullah Fatani.



Tok Kenali mengahwini Mek Nik Haji Salleh Janggut ketika berumur 16 tahun tetapi perkahwinan tersebut hanya bertahan selama setahun. Beliau kemudian mengahwini Hajah Rokiah Haji Mahmud dan telah dikurniakan 4 orang anak, iaitu Hj. Ahmad, Hj. Mohd. Salleh, Haji Mahmud dan Haji Abdullah Zawawi. Pada usia 18 tahun, beliau telah pergi ke Mekah untuk menunaikan haji dan menyambung pengajiannya dalam ajaran Islam dan hanya kembali ke tanah air pada tahun 1908 setelah mencecah usia 40 tahun. Pada mulanya beliau hanya mengajar di rumahnya dan kemudian ke rumah-rumah lain di Kampung Paya, Kelantan.



Beliau juga turut mengajar di Masjid Al-Muhammadi, Kota Bahru. Di antara pelajar-pelajarnya adalah Yaakob Legur, Haji Ali Salehuddin, Haji Othman Jalaluddin Sering, Abdullah Tahir dan Mohammad Undang. Sepanjang kariernya, beliau memegang beberapa jawatan penting seperti Ahli Majlis Ulama Kelantan, Ahli Majlis Agama Islam, Ahli Adat Istiadat Melayu Kelantan, Ketua Pengajian Islam di Kelantan, Ketua Pengarang Majalah Pengasuh serta pengasas Jam’ayatul Al’ Asriyah di Kota Bahru. Karya-karya kesusasteraan Tok Kenali termasuk Kadi Yang Pintar, Helah Yang Baik, Pengetahuan Manusia Terbatas, Kuasailah Pengetahuan Agama dan Politik, Bertanya Yang Tahu, Ilmu Itu Apa Yang Terguris Dalam Hati, Ilmu Yang Tidak Diamalkan, Hanya Untuk Menyedapkan dan Awang Hidup Melintang. Tok Kenali meninggal dunia pada 19 November 1933 pada usia 65 tahun.

Monday, April 19, 2010

KELUARGA BAHAGIA

Dari kiri: Ancat,ina,otai keluarga aku 'Abah',penolong otai 'Emak',aku dan yang depan adik bongsu aku Asraf

Ini la keluarga aku yang banyak bagi aku semangat. Abah emak yang jaga dan didik aku dari kecik sampai besar,adik-adik yang banyak bagi sokongan kat aku..aku bersyukur dapat keluarga yang bahagia macam ni..Lepas ni keluarga makin bertambah besar dan aku harap kami sekeluarga tetap bahagia sampai bila2...ni yang tak sabar nak balik raya ni he.he

DAH SELESAI

selesaiiiiiii.......korang jgn banyak tanya

Wednesday, April 14, 2010

AKAN DATANG.....

kerja..kerja..kerja...setiap manusia mesti lakukan benda ni.Termasuklah aku..kadang2 tension pasal kerja,tp layan je.dalam kerja pun macam2 prangai orang yang kita dapat kenali.de yang kaki bodek,kuat mengadu,parasit dan banyak lagi la..kerja yang diamanahkan kat aku ni memang memerlukan tanggungjawab yang tinggi.Tambah2 lak nak pastikan makanan yang dimakan oleh semua orang mesti halal..mungkin 2 3 tahun lagi aku keje lain dah kot.masa tu dah pakai kereta mewah,rumah banglo tiga tingkat yang ada 15 bilik,orang gaji semua ada 10 orang dengan gaji pokok rm1500,ada elaun makan dengan kedatangan,bonus 5 bulan tiap2 tahun.Orang gaji semua aku bagi kereta VIOS sorang sebijik untuk datang kerja dan bersosial bersama keluarga.Untuk lebih menerapkan nilai2 dan ciri2 Islamik, aku akan pastikan semua pekerja aku solat jemaah setiap waktu..masa bulan puasa lak aku akan bagi pekerja aku cuti bergaji selama sebulan sebab masa tu time buka puasa aku nak ustazah simpang pelangai yang masak sendiri kat aku.kan air tangan isteri tu boleh menambat hati suami.masa tu jugak aku akan buka satu sekolah swasta yang bercirikan islamik yang mana pengetuanya adalah ustazah simpang pelangai.Dalam masa yang sama jugak aku akan buka butik pengantin biar ustazah simpang pelangai yang hendel.
Bagi mengukuhkan kewangan aku, aku akn buka sebuah pusat sukan yang berciri islamik dan aku akan lantik 2 orang pengurus yang berwibawa dan berdedikasi iaitu 'salaq' dan 'naqi'. Tujuan aku lantik 2 orang ni supaya ramai gadis2 yang terpikat dengan diorang dan selalu datang ke pusat sukan aku nanti.ini juga adalah salah satu strategi perniagaan.Masa tu 'salaq' dan 'naqi' aku akan bagi BMW 7series bagi menaikkan saham mereka.
Bahagian akaun pulak aku akan bagi faizi dan soleh jaga.Tiap2 bulan aku akan panggil meeting di 'Golden Horses Palace' dengan pakej penginapan selama 3 hari berserta makan.Masa tu kitorang semua dah tak main facebook dan komen2 kat wall dah sebab aku dah sediakan alat perhubungan khas antara kami.
Aku akan menggilir2kan 'salaq' dan 'naqi' untuk membuat marketing di luar negara.Masa tu juga aku rasa diorang ni dah kahwin 2 dan hidup penuh rukun dan damai.

Thursday, April 8, 2010

BALASAN BERIMAN DAN BERAMAL KEBAJIKAN

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Nasaara (Nasrani), dan orang-orang Saabi`in, sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya disisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita"
(Al-Baqarah: 62)

Ayat ini menjelaskan bahawa setiap orang yang beriman kepada ALLAH SWT dan hari akhirat serta mengerjakan amalan soleh akan memperoleh ganjaran masing-masing di sisi ALLAH SWT tanpa mengira kaum atau golongan. mereka juga akan beroleh ketenangan jiwa dan terhindar daripada perasaan bimbang terhadap perkara-perkara buruk.
ALLAH SWT menegaskan bahawa perkara yang diambil kira sekarang ialah hakikat akidah mereka dan bukannya jenis bangsa atau kaum seseorang itu. Hakikatnya mereka merupakan keturunan daripada Nabi Adam dan isterinya Hawa. Namun begitu, yang membezakan manusia hanyalah tahap keimanan dan ketakwaan seseorang itu kepada ALLAH SWT yang Maha Besar lagi Maha Agung.
Semua umat Islam wajib taat dan patuh kepada pencipta mereka kerana tujuan utama ALLAH SWT menciptakan hamba-hambaNya tidak lain hanyalah untuk mengabdikan diri kepadaNya atau dengan kata lain semata-mata untuk beribadah kepada ALLAH SWT.
ALLAH SWT menjanjikan balasan yang baik bagi hambaNya yang taat dan patuh, manakala bagi umat manusia yang engkar, ALLAH SWT menjanjikan balasan yang pedih di akhirat kelak. Oleh yang demikian, beruntunglah orang-orang yang sentiasa membuat amal kebaikan semasa hidup di dunia ini sebagai persediaan bekalannya di akhirat.

Tuesday, April 6, 2010

HIJAU KUNING

InsyaALLAH final ni kedah punya kot.harap2 camtu la.kita jumpa di stadium......

Friday, April 2, 2010

GAMBAR UNTUK HEADER

Maaf semua pembaca..gambar kurang bagus.diambil cuma menggunakan kamera handphone...siapa-siapa yang cuba nak kutuk, boleh la masuk kat ruangan komen..jngan teruk2.aku sembelih korang.ingat tu!!!!!!!

Thursday, April 1, 2010

GANJARAN SYURGA UNTUK AHLI JIHAD

Firman ALLAH SWT:

Maksudnya: "Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang yang berjihad (berjuang) pada jalan ALLAH (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya, ALLAH melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat.Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) ALLAH menjanjikan dengan balasan yang baik (syurga), dan ALLAH melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar."

(An-Nisa'-95)


Jihad adalah satu strategi dan keperluan yang amat penting dalam amalan berdakwah. Pengorbanan harta benda merupakan keperluan dalam berjihad dan dituntut kepada oarang yang beriman, ganjaran ALLAJ juga sangat hebat iaitu syurga

Pelbagai bentuk dalam kehidupan contohnya berjihad dalam mengembangkan agama ALLAH, jihad dalam menggalakkan ekonomi dan lain-lain. Sudah tentu terdapat perbezaan yang nyata antara orang yang berjihad dengan orang yang hanya duduk serta membuang masa. Orang yang berjihad mengorbankan masa, harta dan tenaga kerana bukan mudah untuk jiwa manusia mengorbankan apa yang disukainya. ALLAH menjanjikan kedudukan yang tinggi terhadap orang yang berjihad. Dinyatakan ganjaran pahala yang besar, keampunan dan Rahmat ALLAH terhadap orang yang berjihad sebagaiman hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat seratus darjah kedudukan yang disediakan kepada orang yang berjihad kerana ALLAH SWT dan jarak diaturny tiap-tiap dua darjah kedudukan itu ialah sejauh diatur langit dan bumi."

(Al-Bukhari)

Jihad dijalan ALLAH SWT memerlukan pengorbanan yang besar. Jiwa yang suka untuk bejihad akan dapat membentuk manusia yang cintakan ALLAH SWT dan tidak takut untuk mati.ALLAH memuliakan dan menjanjikan ganjaran yang besar untuk golongan yang suka berjihad kerana tugas jihad kemuncaknya adalah untuk membawa manusia mengabdikan diri kepada ALLAH SWT dengan penuh keikhlasan

KENANGAN MENGGAMIT MEMORI (BAHAGIAN AKHIR)

Sebenarnya ramai lagi kawan2 aku.Tp tak larat dah nk tulis.Kalau tulis, 4 tahun la entry dalam blog aku ni dengan tajuk yang sama....
ok...kita teruskan lagi..

Hikmal (Rengit).
Mamat ni dilahirkan di johor.Seorang aktivis PAS.Seorang yang komited dalam perjuangan membahasakan bahasa melayu walaupun bahasa melayu dia kurang fasih.Dulu2 masa study,rengit ni suka memenuhkan katil kosong dibilik yang kurang penghuni.Aku dengan din penah sambut raya Qurban di rumah dia di Johor.Meriah sungguh suasana masa tu.Aku,rengit dan din bangun pukul 1pm masa hari raya.Hampeh betul.Dia boleh tak kejutkan aku dengan din pegi Sembahyang raya.Dia biarkan aku dengan din sambut tetamu atas katil.


ok la.Setakat tu je yang dapat aku ceritakan kat korang pembaca2 semua.Banyak kenangan pahit manis kami semua.apa2 pun korang semua adalah sahabat2 aku.Aku minta maaf kalau ada nama yang aku tak ceritakan dalam entry2 aku ni.Jangan kecik hati sebab aku taknak la entry aku ni jd panjang lebar dan makan tahun kalau nak cerita semua.

Sebenarnya tujuan entry 'kenangan menggamit memori' ni adalah sempena reunion batch kami yang akan diadakan dalam bulan 7 ni.InsyaAllah aku akan hadirkan diri.Nantikan lapuran tentang reunion ni.

Terima kasih sahabat2ku sekelian...salam...