Gambar hiasan
"Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam) maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung akan tiap-tiap sesuatu."
(Surah an-Nisa': 86)
Islam telah membawa ucapan salam yang tersendiri yang membezakan masyarakat Islam daripada masyarakat lain. Ucapan salam ini merupakan antara ciri masyarakat Islam yang sangat unik, menarik dan tersendiri yang tidak akan larut atau hilang dalam ciri2 masyarakat yang lain. Perbuatan berbalas2 salam ini merupakan satu perbuatan yang amat mulia dalam Islam. Ucapan salam yang dilafazkan ketika berjumpa antara sesama Muslim sunat hukumnya, manakala orang yang menerima salam wajib menjawab salam tersebut.
Islam juga menganjurkan umatnya supaya sentiasa memberi salam ketika bertemu tanpa menetapkan hari atau masa yang khusus untuk memberi salam. Ringkasnya, ucapan salam itu boleh diucapkan pada bila2 masa sahaja apabila bertemu antara sesama muslim. Islam juga menyeru umatnya supaya menjawab salam dengan ungkapan yang lebih baik daripada orang yang memberi salam. Ungkapan yang lebih baik selalunya akan mudah mengikat hati yang keras menjalin persaudaraan yang ikhlas dan mesra ketika mewujudkan perkenalan di antara mereka yang belum kenal dan mengukuhkan lagi hubungan antara mereka yang telah sedia terjalin hubungannya...
No comments:
Post a Comment